Friday, February 19, 2010

BERITA GAHARU

Upacara penanaman pokok karas oleh Y.Bhg. Dato' Azhar bin Muda, Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia semasa lawatan beliau ke tapak projek penanaman karas di Ladang Hutan Merchang



ANAK pokok karas atau gaharu setinggi 20 sentimeter (sm) yang dijual pada harga RM1.60 sepokok dua tahun lalu kini mencecah RM9, gara-gara minat orang ramai menanam pokok yang dikatakan boleh memberi pulangan RM18,000 sepokok.

Damar yang dihasilkan oleh pokok karas kini digredkan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dengan gred Super A, A, B, C serta D, dan harga Super A dijual antara RM15,000 dan RM20,000 sekilogram di pasaran antarabangsa.

Bukan setakat damar, batang dan kulit boleh menghasilkan wang, malah daun karas dikatakan boleh direbus dan diminum bagi mencegah penyakit kanser.

Menyedari pokok karas mempunyai nilai komersial, Jabatan Perhutanan Terengganu mempelopori tanaman secara ladang di kawasan 47 hektar di Hutan Simpan Merchang, Marang bagi menggantikan pokok Akasia.
Penolong Pengarah Silvikultur dan Perlindungan Hutan Terengganu, Mohd Radhi Chu Abdullah, berkata karas mempunyai potensi tinggi sekiranya diusahakan secara komersial.

"Sejak dua tahun lalu Pejabat Hutan mengumpul banyak maklumat mengenai kaedah penanaman, kesesuaian tanah, kawalan penyakit, taburan hutan dan cara mengatasi penyakit yang dilakukan dengan kerjasama Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) dan Pejabat Pertanian.
"Maklumat ini boleh dikongsi jika orang ramai berminat mempelajari cara mengusahakan tanaman ini," katanya ketika menyampaikan taklimat kepada Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Datuk Seri Azahar Muda, di sini baru-baru ini.

Mohd Radhi berkata, proses mengumpul damar karas boleh dilakukan secara semula jadi dengan mematikan pokok mati melalui kaedah melukakannya atau suntikan inokulen.
Katanya, teknik inokulen boleh dilakukan apabila pokok mencapai usia lima tahun atau diameter pokok berukuran 20 sm.

"Kedalaman optimal perlu sesuai dengan diameter batang dan biasanya sekitar lima sm.

"Setiap batang pokok akan ditebuk lubang dan dimasukkan spora yang akan menghasilkan damar dan lubang itu akan ditutup menggunakan lilin dan hanya dikeluarkan selepas dua tahun," katanya.

Sementara itu, bekas Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Petroleum, Pertanian dan Perikanan Terengganu, Datuk Mamat Ghazalee Abdul Rahman, 59, berkata pokok karas mudah dijaga dan tidak memerlukan kos penjagaan yang tinggi.

Mamat Ghazalee berkata, pokok karas yang ditanam dalam dusun yang sudah matang mudah dijaga dan membesar dengan cepat kerana tidak terdedah terus kepada terik matahari.

Teknologi Nano

Jadual Gred di Pasaran. 
    Buat masa ini tiada gred yang seragam dan selalunya berbeza mengikut negeri. Berikut adalah gred yang dikeluarkan oleh JPSM dalam Bengkel Penyeragaman Penggredan Gaharu Semenanjung Malaysia di Kuala Lipis Pahang. 
GRED
Harga (perkilogram)
Super A
RM 25,000 ke atas
Gred A
RM 20,000
Gred B
RM 18,000
Gred C
RM 15,000
Gred D
RM   8,000
Gred E
RM   3,000
Lain-lain Gred
RM 500 – RM 1,000
Gred Kayu untuk Minyak
RM 5 – RM 100
Minyak Gaharu
RM 300 – RM 350/ tola (12gm)

Saturday, February 13, 2010

KARAS JUTAWAN TANI

KAras hari ini merupakan salah satu Tanaman Moden yang diusahakan secara komersional di atas hasilnya yang sungguh luar biasa dan membanggakan. hari ini kita dapat lihat ramai jutawan moden hasil daripada teknologi pertanian moden ini.